Imam
al-Ghazali seperti yang dikutip oleh al-Nawawi berpendapat, “Jika khatib sudah
duduk di atas mimbar, maka tidak dibenarkan lagi melakukan amalan sunnah.
Kerana itu, sesiapa yang tidak dalam keadaan menunaikan solat, maka dia tidak
boleh mengerjakan solat. Manakala sesiapa yang mengerjakan solat, maka
hendaklah dia mempercepatkan solatnya.”
Maka
segala amalan sunnah seperti berzikir, membaca al-Quran dan berwirid hendaklah
ditinggalkan ketikan imam sudah mula berkhutbah.
Dengan kata lain, jika jemaah baru sampai atau baru masuk ke dalam masjid ketika imam berkhutbah maka diharuskan kepadanya untuk menunaikan sunat tahiyatul masjid dan hendaklah dia mempercepatkan solatnya untuk mendengar khutbah Jumaat pula.
Makruh hukumnya meninggalkan solat sunat tahiyatul masjid. Sabda Nabi
SAW bermaksud: "Jika salah seorang
di antara kamu masuk masjid, maka janganlah dia duduk sebelum mengerjakan solat
dua rakaat."
Jika
sudah di akhir khutbah, maka adalah memadai baginya berdiri menunggu sehingga
solat Jumaat dimulakan.
Sesungguhnya mendengar khutbah dibacakan khatib amat penting. Sebab
itu, ditegah berkata-kata walaupun sekadar mengungkapkan kata 'diam'.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Jika engkau berkata kepada temanmu, 'diamlah' ketika mana imam atau
khatib menyampaikan khutbahnya, maka engkau melakukan perkara sia-sia, maka
tidak ada Jumaat baginya." (Hadis riwayat Muslim, Buhkari dan Tirmizi)
No comments:
Post a Comment