Semua
pelaburan itu melibatkan modus operandi yang sama iaitu menjanjikan keuntungan
berganda lama tempoh masa yang singkat. Individu yang mendapatkan pelanggan
baru juga dijanjikan keuntungan. Sebab skim cepat kaya berkembang cepat
disebabkan ada individu yang menjadi agen atau perantaraan.
Sama
ada skim itu menggunakan kucing, cacing, emas dan sebagainya, ia merupakan skim
cepat kaya yang sebenarnya hanya indah khabar daripada rupa.
Mereka
hanya mengubah bentuk pelaburan itu, sedangkan modus operandi tetap sama iaitu
menjadikan individu yang ingin kaya dengan cepat sebagai mangsa.
Amat
menghairankan mengapa masih ramai anggota masyarakat yang terpedaya untuk
melabur dalam skim pelaburan seperti itu sedangkan telah banyak laporan di
media mendedahkan kegiatan tersebut.
Antara
punca masih ada individu yang terpedaya dengan skim pelaburan seperti itu
disebabkan kurang kesedaran terhadap penipuan melibatkan pelaburan selain tidak
mempunyai pengetahuan mengenainya.
Seseorang
individu itu biasanya akan tertarik dengan pelan perniagaan yang dibentangkan
oleh wakil syarikat pelaburan sehingga menyebabkan mereka sanggup mengeluarkan
wang untuk melabur.
Di
atas kertas, memang pelan perniagaan tersebut nampak cantik dan menjanjikan
pulangan yang berganda dalam tempoh masa tertentu. Jika lihat kepada keuntungan
yang bakal diperoleh, siapa yang tidak mahu melabur.
Hakikatnya,
skim pelaburan seperti itu memang akan merugikan kerana ia bukanlah skim
pelaburan yang sebenar.
Individu
yang ingin terlibat dalam mana-mana skim pelaburan seharusnya mengambil
pendekatan lebih berhati-hati dengan melakukan penyelidikan terlebih dulu
terhadap skim yang ditawarkan.
Mereka
juga perlu mempunyai ilmu asas berkaitan pelaburan bagi mengelak menjadi mangsa
penipuan.
Itulah
kelemahan kita iaitu tidak mahu melakukan semakan dan penyelidikan terlebih
dahulu berhubung skim pelaburan yang ditawarkan.
Nak
melabur itu tidak salah tetapi sepatutnya ambil sedikit masa dan selidiklah
terlebih dahulu latar belakang syarikat serta prestasi semasa pelaburan.
Pastikan
juga kita mempunyai pengetahuan asas mengenai aktiviti pelaburan sebelum
melabur. Jangan hanya kerana ingin cepat kaya, harta yang ada digadai semuanya
sehingga akhirnya bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong
keciciran.
No comments:
Post a Comment